Thursday, April 12, 2012

CIRI-CIRI 'HAMBA ALLAH'

Surah Furqaan:

(63) Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu [ialah] orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. 
(64) Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka [2]. 
(65~66) Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal". Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. 
(67) Dan orang-orang yang apabila membelanjakan [harta], mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak [pula] kikir, dan adalah [pembelanjaan itu] di tengah-tengah antara yang demikian. 
(68~69) Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah [membunuhnya] kecuali dengan [alasan] yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat [pembalasan] dosa [nya], [yakni] akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, 
(70) kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(71) Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. 
(72) Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan [orang-orang] yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui [saja] dengan menjaga kehormatan dirinya. 
(73) Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta. 
(74) Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati [kami], dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Tuesday, February 7, 2012

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

(Catatan hadis dari http://manaratulhuda.blogspot.com/2011/06/hadith-sahih-mengenai-isra-dan-mikraj.html)

Hadis Anas bin Malik r.a ....:

Peristiwa Israk
1. Rasulullah didatangi Buraq, seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal.
2. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
3. Rasulullah menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.
4. Baginda mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.
5. Baginda masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat.
6. Setelah selesai Baginda terus keluar, tiba-tiba didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Baginda memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Peristiwa Mikraj
1. Jibril a.s membawa Baginda naik ke langit.
2. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika Baginda bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambut serta mendoakannya dengan kebaikan.
3. Seterusnya Baginda dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika Baginda bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambut dan mendoakannya dengan kebaikan.
4. Baginda dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika Baginda bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut Baginda dan mendoakannya dengan kebaikan.
5. Baginda dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika baginda bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambut dan mendoakannya dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan Kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.
6. Baginda dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika Baginda bertemu dengan Nabi Harun a.s, dia terus menyambut dan mendoakannya dengan kebaikan.
7. Baginda dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika Baginda bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambut dan mendoakannya dengan kebaikan.
8. Baginda dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika Baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya.
9. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Kisah Kefardhuan Solat
10. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam.
11. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu memberitahu kepada Nabi Musa a.s. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.

Friday, January 27, 2012

KRONOLOGI AKHIR ZAMAN

(Dari Ceramah Pengajian Ustaz Shamsuri => http://www.youtube.com/watch?v=gXAOZ4DRZMg )

- Sebelum dunia hancur, Allah akan tinggalkan hanya orang kafir saja. Pada masa ini, tiada siapa pun sebut kalimah 'Allah' di muka bumi ini. Orang kafir saja yg akan merasai azab kehancuran dunia ini.

- Dajjal
Ciri-ciri Dajjal
- budak muda berambut kerinting. Biji mata sebelah tersembul.
- Nabi suruh baca awal surah Al-Kahfi.
- Dajjal muncul dari kawasan Syam dan Iraq.
- Dajjal akan musnahkan semua benda kiri dan kanan dia (akidah dan iman) dgn suruh mengaku dia Tuhan.
- Nabi suruh tetapkan iman. Siapa mengaku dia Tuhan, dia akan tunjuk langit, hujan turun dsbnya. Siapa tak mengaku, kawasan jadi kemarau.
- Dajjal akan duduk 40 hari dan akan sampai ke semua tempat di muka bumi ini kecuali Mekah dan Madinah saja.
- Satu hari - rasa 1 tahun, satu hari rasa sebulan, satu hari rasa seminggu.
- Dalam keadaan ini, Allah bangkitkan Nabi Isa, timbul dari timur Damsyik. Bau nafas Nabi Isa sejauh mata memandang. Kalau mana2 kafir terhidu nafas Nabi Isa ini, akan mati serta merta.
- Golongan pertama yg Nabi Isa pergi jumpa ialah golongan yg 'reject' Dajal tadi dan Nabi Isa bagitau tempat mereka adalah di syurga.
- Pada masa ini, Nabi Isa dapat berita Dajal menghampiri Baitul Maqdis dan Nabi Isa ke sana serta bunuh Dajjal di sana.
-Sebaik2 Dajal dibunuh, Allah suruh Nabi Isa bawa orang beriman ke tanah tinggi sebab Allah akan hantar Yajjuj dan Ma;juj.
- Makhluk ini tak boleh dikalahkan mana2 makhluk di muka bumi ini.
- Yakjuj dan Ma'juj dibangkitkan dari satu kawasan tanah tinggi. Apa juga benda di hadapan dia, semua habis di'makan'.
- Orang beriman bersama Nabi Isa hampir kebuluran. Kepala lembu pada masa ini lebih berharga dari emas perak.
- Nabi Isa pada masa ini mengikut syariat Nabi Muhammad.
- Nabi Isa mengajak orang beriman berdoa kpd Allah utk selamatkan mereka
- Yajjuj dan Ma'juj terkena penyakit hidung. Semua mati bergelimpangan tersangat banyak sampai tiada satu jengkal tanah pun tak ada.
- Nabi Isa minta doa kpd Allah utk selesaikan bangkai Yajuj Majuj ini. Allah hantar burung sebesar leher unta bawa mayat2 ke tempat lain tetapi bumi masih kotor.
- Nabi Isa berdoa lagi, Allah turunkan hujan lebat dan cuci bumi umpama kaca.
- Manusia pada masa ini, hidup dalam aman damai di bawah pemerintahan Nabi Isa.
- Allah bawa satu angin yg baik bertiup lembut selinap masuk bwh ketiak orang yg ada iman lalu mati. Yang tinggal di bumi adalah orang kafir.
- Maksiat akan bermaharajalela. Nabi kata manusia jadi tersangat ‘kotor’. Tiada disebut ‘Allah’.
- Terjadilah kiamat.

Alamat kiamat
1.  Akhir zaman keluar emas sebesar tiang
- Sekian orang mempunyai emas begitu banyak.
- Emas tiada nilai lagi sehingga pencuri pun tidak berkehendak dengannya.
- Datang pula satu orang yg pernah bunuh orang semata2 utk dapat emas tiba2 hari ini, tiada nilai. - Datang pula orang yg putuskan hubungan silaturahim yg menyesal dengan sbb emas dia putus hubungan.


2. Orang miskin jadi kaya.