Sunday, July 18, 2010

KITAB "MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH"



TINGKATAN NAFSU

1. Nafsu Ammarah - dalam diri ada sifat suka kemegahan, khianat, lalai, dengki, bakhil, tamak.
2. Nafsu Lawwamah - buat salah tetapi dalam diri ada kekesalan.
3. Nafsu Mulhamah - 'saqqawah' - tak kedekut, kurang rasa sayang pada harta, rasa apa yg Allah kurniakan mencukupi baginya (qana'ah).
4. Nafsu Mutmainnah - (wali kecil) sifat redha dengan Allah.
5. Nafsu Rodhiah - sifat warak, sifat zuhud
6. Nafsu Mardhiah - hidup semata-mata kerana Allah. Peringkat paling tinggi yang mampu dicapai manusia biasa yang bukan Nabi
7. Nafsu Kamilah - maqam yang diduduki para Rasul dan Nabi Allah

Saturday, July 17, 2010

AL-QURAN & HADITH - ZAKAT

AL-BAQARAH AYAT 267
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji."

AT-TAUBAH AYAT 103
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."

AL-QURAN & HADITH - PUASA (SAUM)

AL-BAQARAH AYAT 183
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

AL-QURAN & HADITH - WAKTU-WAKTU SOLAT

TA-HA AYAT 130
"Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan)."

HUD AYAT 114
"
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."

AL-ISRA' AYAT 78
"
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."

AL-QURAN & HADITH - SYAHADAH

ALI-IMRAN AYAT 18
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

MUHAMMAD AYAT 19
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله صلى الله عليه وسلم

Hadith no 2 dalam matn arba'in anNawawiyah, Bukhari-Muslim dari Umar al-Khattab. (Muslim, no 08)
Terjemahnya: Islam ialah engkau bersyahadah Tiada Tuhan melainkan Allah."

AL-QURAN & HADITH - WUDHU' & TAYAMUM

AL-MAIDAH AYAT 6
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur."

Sunday, November 15, 2009

FORMULA MENGIRA KEKAYAAN HARTA DUNIA

Cara mengetahui sama ada kita kaya atau miskin harta ialah dengan menghitung

A=jumlah semua apa yang kita ada seperti nilai tanah, rumah, wang simpanan dalam bank, koperasi, saham dan sebagainya DAN tolak dengan

B=jumlah semua hutang sama ada rumah, kereta, apa saja hutang yang ada termasuk juga hutang sekiranya menjadi penjamin.

Sekiranya apabila A-B > POSITIF kita sebenarnya telah KAYA dan telah cukup nikmat hidup
Sekiranya A-B < NEGATIF, kita sebenarnya miskin walaupun kita tersenarai dalam majalah FORBES

Ini kerana kekayaan harta seseorang bukanlah apa yang dimilikinya semata-mata tetapi kekayaan harta yang sebenar adalah kehidupan TANPA HUTANG yang perlu ditanggung sekiranya dia mati sekarang. Apalah nilai kekayaan sekiranya jumlah aset 5 bilion tetapi jumlah hutang yang ditanggung 6 billion.