Sunday, November 15, 2009

FORMULA MENGIRA KEKAYAAN HARTA DUNIA

Cara mengetahui sama ada kita kaya atau miskin harta ialah dengan menghitung

A=jumlah semua apa yang kita ada seperti nilai tanah, rumah, wang simpanan dalam bank, koperasi, saham dan sebagainya DAN tolak dengan

B=jumlah semua hutang sama ada rumah, kereta, apa saja hutang yang ada termasuk juga hutang sekiranya menjadi penjamin.

Sekiranya apabila A-B > POSITIF kita sebenarnya telah KAYA dan telah cukup nikmat hidup
Sekiranya A-B < NEGATIF, kita sebenarnya miskin walaupun kita tersenarai dalam majalah FORBES

Ini kerana kekayaan harta seseorang bukanlah apa yang dimilikinya semata-mata tetapi kekayaan harta yang sebenar adalah kehidupan TANPA HUTANG yang perlu ditanggung sekiranya dia mati sekarang. Apalah nilai kekayaan sekiranya jumlah aset 5 bilion tetapi jumlah hutang yang ditanggung 6 billion.
HAKIKAT HIDUP

Kita dibayar mengikut bebanan tanggungjawab bukan banyaknya kerja yang diamanahkan.
Semakin berat tanggungjawab (w/p kerja kurang) tinggilah bayaran yang diterima.

Masa hidup setiap insan itu 24 jam, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita akan ditanya suatu hari nanti.

Orang kaya tidak semestinya orang senang. Sekiranya diberi pilihan antara kaya dan senang, pilihlah 'senang' kerana ramai orang kaya tetapi jiwa tidak tenteram, tidur tidak lena, masa menambah ilmu ugama teramat terhad, berjemaah di masjid hampir tiada kesempatan, bersenang dengan keluarga hampir tiada ruang, ruang masa dengan jiran tetangga hampir mustahil tetapi orang senang dapat menikmati semua itu, jiwa tenang, ada masa ke masjid, mentelaah kitab pengajian, bergotong-royong dengan jiran tetangga, bergurau senda bersama keluarga.

Untuk menjadi orang kaya, masa 24 jam terpaksa dihabiskan untuk mencari wang, harta dan yang paling malang sekali kadangkala terpaksa melakukan perbuatan maksiat demi mencapai title 'kaya'.

Pecahan pembahagian hidup manusia:
1) Masa untuk keluarga - bersosial, jalan-jalan, bergurau senda,
2) Masa untuk diri sendiri - kuliah pengajian, tidur, makan, solat, puasa
3) Masa untuk masyarakat - tabligh, menghadiri jemputan, berjemaah di masjid
4) Masa untuk bekerja - mencari nafkah untuk keperluan hidup
HALAL HUB