Sunday, November 15, 2009

HAKIKAT HIDUP

Kita dibayar mengikut bebanan tanggungjawab bukan banyaknya kerja yang diamanahkan.
Semakin berat tanggungjawab (w/p kerja kurang) tinggilah bayaran yang diterima.

Masa hidup setiap insan itu 24 jam, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita akan ditanya suatu hari nanti.

Orang kaya tidak semestinya orang senang. Sekiranya diberi pilihan antara kaya dan senang, pilihlah 'senang' kerana ramai orang kaya tetapi jiwa tidak tenteram, tidur tidak lena, masa menambah ilmu ugama teramat terhad, berjemaah di masjid hampir tiada kesempatan, bersenang dengan keluarga hampir tiada ruang, ruang masa dengan jiran tetangga hampir mustahil tetapi orang senang dapat menikmati semua itu, jiwa tenang, ada masa ke masjid, mentelaah kitab pengajian, bergotong-royong dengan jiran tetangga, bergurau senda bersama keluarga.

Untuk menjadi orang kaya, masa 24 jam terpaksa dihabiskan untuk mencari wang, harta dan yang paling malang sekali kadangkala terpaksa melakukan perbuatan maksiat demi mencapai title 'kaya'.

Pecahan pembahagian hidup manusia:
1) Masa untuk keluarga - bersosial, jalan-jalan, bergurau senda,
2) Masa untuk diri sendiri - kuliah pengajian, tidur, makan, solat, puasa
3) Masa untuk masyarakat - tabligh, menghadiri jemputan, berjemaah di masjid
4) Masa untuk bekerja - mencari nafkah untuk keperluan hidup

No comments:

Post a Comment