Saturday, July 17, 2010

AL-QURAN & HADITH - PUASA (SAUM)

AL-BAQARAH AYAT 183
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

AL-QURAN & HADITH - WAKTU-WAKTU SOLAT

TA-HA AYAT 130
"Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan)."

HUD AYAT 114
"
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."

AL-ISRA' AYAT 78
"
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."

AL-QURAN & HADITH - SYAHADAH

ALI-IMRAN AYAT 18
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

MUHAMMAD AYAT 19
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله صلى الله عليه وسلم

Hadith no 2 dalam matn arba'in anNawawiyah, Bukhari-Muslim dari Umar al-Khattab. (Muslim, no 08)
Terjemahnya: Islam ialah engkau bersyahadah Tiada Tuhan melainkan Allah."

AL-QURAN & HADITH - WUDHU' & TAYAMUM

AL-MAIDAH AYAT 6
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur."

Sunday, November 15, 2009

FORMULA MENGIRA KEKAYAAN HARTA DUNIA

Cara mengetahui sama ada kita kaya atau miskin harta ialah dengan menghitung

A=jumlah semua apa yang kita ada seperti nilai tanah, rumah, wang simpanan dalam bank, koperasi, saham dan sebagainya DAN tolak dengan

B=jumlah semua hutang sama ada rumah, kereta, apa saja hutang yang ada termasuk juga hutang sekiranya menjadi penjamin.

Sekiranya apabila A-B > POSITIF kita sebenarnya telah KAYA dan telah cukup nikmat hidup
Sekiranya A-B < NEGATIF, kita sebenarnya miskin walaupun kita tersenarai dalam majalah FORBES

Ini kerana kekayaan harta seseorang bukanlah apa yang dimilikinya semata-mata tetapi kekayaan harta yang sebenar adalah kehidupan TANPA HUTANG yang perlu ditanggung sekiranya dia mati sekarang. Apalah nilai kekayaan sekiranya jumlah aset 5 bilion tetapi jumlah hutang yang ditanggung 6 billion.
HAKIKAT HIDUP

Kita dibayar mengikut bebanan tanggungjawab bukan banyaknya kerja yang diamanahkan.
Semakin berat tanggungjawab (w/p kerja kurang) tinggilah bayaran yang diterima.

Masa hidup setiap insan itu 24 jam, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita akan ditanya suatu hari nanti.

Orang kaya tidak semestinya orang senang. Sekiranya diberi pilihan antara kaya dan senang, pilihlah 'senang' kerana ramai orang kaya tetapi jiwa tidak tenteram, tidur tidak lena, masa menambah ilmu ugama teramat terhad, berjemaah di masjid hampir tiada kesempatan, bersenang dengan keluarga hampir tiada ruang, ruang masa dengan jiran tetangga hampir mustahil tetapi orang senang dapat menikmati semua itu, jiwa tenang, ada masa ke masjid, mentelaah kitab pengajian, bergotong-royong dengan jiran tetangga, bergurau senda bersama keluarga.

Untuk menjadi orang kaya, masa 24 jam terpaksa dihabiskan untuk mencari wang, harta dan yang paling malang sekali kadangkala terpaksa melakukan perbuatan maksiat demi mencapai title 'kaya'.

Pecahan pembahagian hidup manusia:
1) Masa untuk keluarga - bersosial, jalan-jalan, bergurau senda,
2) Masa untuk diri sendiri - kuliah pengajian, tidur, makan, solat, puasa
3) Masa untuk masyarakat - tabligh, menghadiri jemputan, berjemaah di masjid
4) Masa untuk bekerja - mencari nafkah untuk keperluan hidup
HALAL HUB