Sunday, October 10, 2010

USTAZ SHAMSURI - KULIAH PENGAJIAN

Tajuk Audio "Bab di Mina"
Hadis "Hakikat hidup ..."
-Ibnu Abbas melakukan ibadat haji dgn Nabi. Seorang lelaki jatuh dari unta dan patah batang tengkuknya. Nabi suruh mandikan mayat dgn .... dan kapankan dgn kain ihram dan tidak tutup kepala.

BahrulMazi Jilid 6, ms47 - "Masalah di Mina"
Berjalan
dari Muzdalifah ke Tanah Mina pagi raya haji (ucap talbiah / takbir) akan melalui Jamrah Ula dan Jamrah Wusta. Bila sampai Jamrah Aqabah baru melontar (tunggu sampai matahari naik segalah) dgn mengadap kiblat. lontar 7 anak batu. Tidak disunatkan talbiah cuma disunatkan Takbir dgn ucapkan setiap lontaran "allahumma...". Selesai melontar Jamrah Aqabah, berakhirlah Takbir tersebut melainkan Takbir (raya) yg mengiringi solat yg lima. Habis sembahyg Asar 13 Zulhijjah berakhirnya Takbir raya.

Menyembelih Korban (utk raya haji) dan Hadiah (tujuan utk dihadiahkan kpd fakir miskin di Tanah Suci)
-disunatkan selepas Jamrah Aqabah dan sebelum bercukur.
-Afdal sembelih sendiri...baca "dgn nama Allah aku sembelih binatang ini..."
-Hadis - riwayat Saidina Ali. Nabi suruh lakukan korban dan daging korban disedekahkan kpd orang miskin dan...jgn ambil apa2 bhg dari daging korban sbg upah..
-Yg afdal 1 unta, 1 biri2, kemudian lembu dan biri2.
-Usia - Unta-5 tahun masuk 6 th. Lembu 2th ke 3 th, biri2 1th ke 2 th, kambing biasa 2th ke 3 th.
-binatang utk korban - biri2 bertanduk, kambing putih lebih baik dari warna lain, tak memadai kurus, cacat dan sakit, tetapi memadai kurang susu dan ekor kontot (asal). boleh tanduk patah.

Tahalul
-cukur kepala sunat mengadap kiblat dimulai hadapan kepala belah kanan dulu. Habiskan yg belah kiri. - tahalul pertama.
-selepas tahalul semua halal kecuali jimak, berakad nikah, memburu, sentuh perempuan
-selepas tahalul thani baru boleh.
-utk dpt tahalul thani (cepat) -lepas bercukur buat tawaf ifadha.

Thursday, September 30, 2010

HAJI DAN UMRAH

"Mengerjakan haji adalah suatu proses pelancongan rohani. Hanya mereka yang mempunyai hati yang benar-benar tulus suci ikhlas akan Allah sahaja akan memahaminya"

Rukun Haji
1. Ihram
2. Wukuf
3. Tawaf
4. Saie
5. Tahallul

Wajib Haji - sekiranya tertinggal, haji sah tetapi kena bayar DAM
1. Niat di miqat yg ditentukan
2. Melontar
3. Sabar di Arafah
4. Mabit di Muzdhalifah
5. Tawaf Wadak
6. Mabit di Mina

Nabi buat Haji sekali sahaja pada 10H
Nabi buat Umrah 4 kali

Sunday, August 15, 2010

SOLAT SUNAT CARA NABI - SOLAT WITIR

Rujukan buku "Panduan Solat Sunat Cara Nabi"
Penulis: Mohd Yaakub b. Mohd Yunus
Semoga Allah merahmati tuan penulis buku dan semua yg terlibat dalam menjayakannya.

Waktu - selepas solat Isyak hingga sebelum terbit fajar

Jumlah rakaat :-
1 rakaat - 1 salam

3 rakaat
Kaedah - i)
3 rakaat 1 salam ATAU ii) 2,1 - 2 salam
Surah - Al-A'la, Al-Kaafiruun dan Al-Ikhlas

5 rakaat
Kaedah - i)5 rakaat 1 salam ATAU ii)2,2,1-3 salam

7 rakaat -
Kaedah - i)7 rakaat 1 salam ATAU ii)2,2,2,1 -4 salam

9 rakaat -
Kaedah - i)9 rakaat - tasyahud rakaat ke-8 dan 9 serta 1 salam ATAU ii)2,2,2,2,1 -5 salam

Sunat qunut pd mlm 15 terakhir Ramadhan

Selesai solat witir, Rasulullah berzikir "SubhanalMalikilQuddus"

Saturday, August 14, 2010

SOLAT SUNAT CARA NABI - SOLAT RAWATIB

Rujukan buku "Panduan Solat Sunat Cara Nabi"
Penulis: Mohd Yaakub b. Mohd Yunus

Semoga Allah merahmati tuan penulis buku dan semua yg terlibat dalam menjayakannya.

Solat Sunat Rawatib
1. Dua/Empat rakaat sebelum solat Zohor
2. Dua rakaat selepas solat Zohor
3. Dua rakaat sebelum solat Subuh
4. Dua rakaat selepas solat Maghrib
5. Dua rakaat selepas solat Isyak
Jumlah rakaat = 10 atau 12 rakaat.
(Nota: tiada solat rawatib solat Asar)

Tuesday, August 3, 2010

IKHLAS

Apa itu ikhlas?

Di dalam AlQuran, terdapat satu surah yang dinamakan surah Al-Ikhlas. Surah Ikhlas ini terdiri dari 4 ayat dan kesemua ayat-ayat di dalam surah ini menceritakan perkara Tauhid kepada Allah semata-mata. Dari 114 surah di dalam AlQuran, surah inilah satu2nya di mana keseluruhan ayatnya menceritakan Tauhid kepada Allah.

Dari pengajaran ini, IKHLAS itu datangnya dari jiwa yang men Tauhidkan Allah semata-mata sahaja. Tanpa jiwa yang mentauhidkan Allah, sudah pasti tiadalah keikhlasan.

ANTARA KEJADIAN JASAD DAN ROH

JASAD
Kejadian jasad merupakan manisfestasi kejadian alam ini sendiri.
1. Tidakkah kita lihat darah yang mengalir dalam badan umpama air sungai yang mengalir di bumi ini?
2. Tidakkah kita lihat paru2 badan kita umpama akar2 pokok yang menjalar di tanah?
3. Tidakkah kita lihat bulu rerambut di badan kita umpama rumput2 yang tumbuh di bumi?
4. Tidakkah kita lihat tulang belulang kita umpama gunung ganang yg mengukuhkan kedudukan bumi ini?
5. Tidakkah kita lihat bisul nanah yang tumbuh umpama gunung berapi yg keluarkan laharnya?
6. Tidakkah kita lihat bersin yang keluar dari mulut sekuat angin ribut yang ada dalam alam ini?
7. Tidakkah kita lihat rias mata kita umpama potongan rentas lobak merak?
8. Tidakkah kita lihat buah pinggang kita umpama kekacang?

Oleh itulah jasad ini hidup dengan zat yang diserap dan diambil dari tanah itu sendiri. Jasad itu sememangnya berasal dari tanah dan sumber hidup juga diambil dari tanah. Benih keturunan manusia juga adalah intipati dari tanah juga.

ROH
Sesungguhnya roh itu dari Allah yang ditiupkan Allah dari tempat simpanan roh iaitu Alam Arwah masuk ke dalam jasad maka jasad itu dapatlah bergerak dan berfikir. Sesungguhnya asal ciptaan kejadian roh itu sesuatu yang rahsia.

Bila roh masuk ke dalam jasad maka terjadilah hidup.
Bila roh tinggalkan jasad jadilah mati di mana jasad akan dikembalikan ke tempat asalnya iaitu tanah dan roh kembali ke tempat asalnya iaitu ke alam tinggi yang dipanggil Alam Barzakh.

Apabila roh dibangunkan di Alam Akhirat, bentuk jasad akan mengikut amalan roh tersebut di dunia. Sekiranya selama hidup roh tersebut beramal dengan amalan soleh, maka jasadnya adalah jasad manusia tetapi sekiranya bukan amalan soleh, jasadnya boleh jadi jasad haiwan mengikut kategori amalan buruknya di dunia.

PERJALANAN INSAN SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

Telah ku lihat manusia yang diangkat menjadi khalifah dalam dunia ini telah melalui proses yang unik sejak lahir hingga dewasa dan kembali semula ke kejadian asal

1. Awal kelahiran, seorang insan akan dilahirkan secara meniarap dan teriak
2. Ketika itu, seorang bayi akan sentiasa mengadap ke atas, seolah2 mengadap Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.
3. Kemudian bayi akan mula meniarap, mengadap mukanya ke tanah seolah2 bermulanya perjalanan kehidupan insan melalui proses hidup sebagai khalifah. Tidakkah kita lihat bagaimana dalam dunia kita, terdapat makhluk Allah yg bergerak secara meniarap seperti ular, ulat, cacing dan sebagainya?
4. Kemudian seorang anak kecil akan merangkak seolah2 melalui proses perjalanan kedua. Tidakkah kita lihat di dalam dunia ini terdapat makhluk Allah yang bergerak di atas muka bumi ini dengan cara merangkak seperti kuda, lembu, harimau dan sebaginya?
5. Dan akhir sekali barulah insan itu akan mula belajar menggunakan kaki untuk berjalan dan manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna apabila berjalan atas dua kakinya sendiri.

Kesimpulan:
Allah menjadikan insan sebagai khalifah dan mereka perlu melalui proses yg ditentukan Allah utk 'mengalami' sendiri cara hidup makhluknya yang lain seperti diam, meniarap, mengesot, merangkak dan berjalan barulah manusia itu layak menjadi seorang khalifah.

Pelbagai makhluk Allah di dunia ini untuk direnungi:
Makhluk hidup tetapi diam seolah2 mati seperti batu
Makhluk hidup tetapi lambat tumbesaran seperti pokok dan tumbuh2an
Makhluk hidup dan bergerak seperti haiwan
Makhluk hidup, bergerak dan berfikiran seperti manusia

QARI

EGYPT / MESIR
Shaykh Mahmûd cAbd al-Hakam
Shaykh cAbd al-Bâsit cAbd al-Samad
Shaykh Kâmil Yûsuf al-Bahtîmî
Shaykh Hâsim Haybah
Shaykh Mahmûd Khalîl al-Husarî
Shaykh Mustafâ Ismâcîl
Shaykh Muhammad Siddîq al-Minshâwî
Shaykh cAlî Mahmûd
Shaykh Fathî Qandîl
Shaykh Mahmûd Muhammad Ramadan
Shaykh Muhammad Rifcat
Shaykh Muhammad Salâmah
Shaykh Ahmad al-Ruzayqî
Shaykh Ibrâhîm al-Saccî
Shaykh Muhammad Mahmûd al-Tablâwî
Shaykh cAlî Hajjâj al-Suwaysî

Sunday, August 1, 2010

WAKTU-WAKTU SOLAT SUNAT

Solat TahiyyatulMasjid - apabila masuk masjid (sebelum duduk)
Solat Isyraq' - kira-kira 28 minit selepas syuruk dan sebelum mengerjakan solat sunat dhuha.
Solat Dhuha - selepas solat Isyraq' hingga menjelang waktu Zohor
Solat Tahajjud - lewat tengah malam sekitar 3 pagi. (Al Isra : 79)
Solat Witir - setelah solat Isya’ hingga menjelang Subuh.
Solat Hajat - apabila terdapat sesuatu hajat dan permintaan yang ingin di pohon
Solat Istikharah - afdal pada 2/3 malam (3 pagi)
Solat Jenazah - apabila terdapat jenazah
Solat Taubah - bila-bila masa
Solat Rawatib -
Solat Syukur -
Solat Gerhana - sepanjang gerhana matahari atau bulan
Solat Ihram - selepas memakai ihram
Solat Azan -
Solat Tarawikh - selepas Isyak hingga sebelum Subuh dalam bulan Ramadhan
Solat Wuduk - selepas ambil wuduk
Solat Musafir - sebelum meninggalkan rumah
Solat Intizhar (Mutlak) -
Solat Istisqa' (Minta Hujan) -
Solat Eid' -
Solat Tasbih -
Solat Awwabin - antara Maghrib dan Isyak

Rujukan:
http://hikmatun.wordpress.com/2007/07/17/solat-solat-sunat
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm

Sunday, July 18, 2010

KITAB "MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH"



TINGKATAN NAFSU

1. Nafsu Ammarah - dalam diri ada sifat suka kemegahan, khianat, lalai, dengki, bakhil, tamak.
2. Nafsu Lawwamah - buat salah tetapi dalam diri ada kekesalan.
3. Nafsu Mulhamah - 'saqqawah' - tak kedekut, kurang rasa sayang pada harta, rasa apa yg Allah kurniakan mencukupi baginya (qana'ah).
4. Nafsu Mutmainnah - (wali kecil) sifat redha dengan Allah.
5. Nafsu Rodhiah - sifat warak, sifat zuhud
6. Nafsu Mardhiah - hidup semata-mata kerana Allah. Peringkat paling tinggi yang mampu dicapai manusia biasa yang bukan Nabi
7. Nafsu Kamilah - maqam yang diduduki para Rasul dan Nabi Allah

Saturday, July 17, 2010

AL-QURAN & HADITH - ZAKAT

AL-BAQARAH AYAT 267
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji."

AT-TAUBAH AYAT 103
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."

AL-QURAN & HADITH - PUASA (SAUM)

AL-BAQARAH AYAT 183
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

AL-QURAN & HADITH - WAKTU-WAKTU SOLAT

TA-HA AYAT 130
"Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan)."

HUD AYAT 114
"
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."

AL-ISRA' AYAT 78
"
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."

AL-QURAN & HADITH - SYAHADAH

ALI-IMRAN AYAT 18
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

MUHAMMAD AYAT 19
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله صلى الله عليه وسلم

Hadith no 2 dalam matn arba'in anNawawiyah, Bukhari-Muslim dari Umar al-Khattab. (Muslim, no 08)
Terjemahnya: Islam ialah engkau bersyahadah Tiada Tuhan melainkan Allah."

AL-QURAN & HADITH - WUDHU' & TAYAMUM

AL-MAIDAH AYAT 6
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur."