Telah ku lihat manusia yang diangkat menjadi khalifah dalam dunia ini telah melalui proses yang unik sejak lahir hingga dewasa dan kembali semula ke kejadian asal
1. Awal kelahiran, seorang insan akan dilahirkan secara meniarap dan teriak
2. Ketika itu, seorang bayi akan sentiasa mengadap ke atas, seolah2 mengadap Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.
3. Kemudian bayi akan mula meniarap, mengadap mukanya ke tanah seolah2 bermulanya perjalanan kehidupan insan melalui proses hidup sebagai khalifah. Tidakkah kita lihat bagaimana dalam dunia kita, terdapat makhluk Allah yg bergerak secara meniarap seperti ular, ulat, cacing dan sebagainya?
4. Kemudian seorang anak kecil akan merangkak seolah2 melalui proses perjalanan kedua. Tidakkah kita lihat di dalam dunia ini terdapat makhluk Allah yang bergerak di atas muka bumi ini dengan cara merangkak seperti kuda, lembu, harimau dan sebaginya?
5. Dan akhir sekali barulah insan itu akan mula belajar menggunakan kaki untuk berjalan dan manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna apabila berjalan atas dua kakinya sendiri.
Kesimpulan:
Allah menjadikan insan sebagai khalifah dan mereka perlu melalui proses yg ditentukan Allah utk 'mengalami' sendiri cara hidup makhluknya yang lain seperti diam, meniarap, mengesot, merangkak dan berjalan barulah manusia itu layak menjadi seorang khalifah.
Pelbagai makhluk Allah di dunia ini untuk direnungi:
Makhluk hidup tetapi diam seolah2 mati seperti batu
Makhluk hidup tetapi lambat tumbesaran seperti pokok dan tumbuh2an
Makhluk hidup dan bergerak seperti haiwan
Makhluk hidup, bergerak dan berfikiran seperti manusia
No comments:
Post a Comment