JASAD
Kejadian jasad merupakan manisfestasi kejadian alam ini sendiri.
1. Tidakkah kita lihat darah yang mengalir dalam badan umpama air sungai yang mengalir di bumi ini?
2. Tidakkah kita lihat paru2 badan kita umpama akar2 pokok yang menjalar di tanah?
3. Tidakkah kita lihat bulu rerambut di badan kita umpama rumput2 yang tumbuh di bumi?
4. Tidakkah kita lihat tulang belulang kita umpama gunung ganang yg mengukuhkan kedudukan bumi ini?
5. Tidakkah kita lihat bisul nanah yang tumbuh umpama gunung berapi yg keluarkan laharnya?
6. Tidakkah kita lihat bersin yang keluar dari mulut sekuat angin ribut yang ada dalam alam ini?
7. Tidakkah kita lihat rias mata kita umpama potongan rentas lobak merak?
8. Tidakkah kita lihat buah pinggang kita umpama kekacang?
Oleh itulah jasad ini hidup dengan zat yang diserap dan diambil dari tanah itu sendiri. Jasad itu sememangnya berasal dari tanah dan sumber hidup juga diambil dari tanah. Benih keturunan manusia juga adalah intipati dari tanah juga.
ROH
Sesungguhnya roh itu dari Allah yang ditiupkan Allah dari tempat simpanan roh iaitu Alam Arwah masuk ke dalam jasad maka jasad itu dapatlah bergerak dan berfikir. Sesungguhnya asal ciptaan kejadian roh itu sesuatu yang rahsia.
Bila roh masuk ke dalam jasad maka terjadilah hidup.
Bila roh tinggalkan jasad jadilah mati di mana jasad akan dikembalikan ke tempat asalnya iaitu tanah dan roh kembali ke tempat asalnya iaitu ke alam tinggi yang dipanggil Alam Barzakh.
Apabila roh dibangunkan di Alam Akhirat, bentuk jasad akan mengikut amalan roh tersebut di dunia. Sekiranya selama hidup roh tersebut beramal dengan amalan soleh, maka jasadnya adalah jasad manusia tetapi sekiranya bukan amalan soleh, jasadnya boleh jadi jasad haiwan mengikut kategori amalan buruknya di dunia.
No comments:
Post a Comment