Sunday, August 15, 2010

SOLAT SUNAT CARA NABI - SOLAT WITIR

Rujukan buku "Panduan Solat Sunat Cara Nabi"
Penulis: Mohd Yaakub b. Mohd Yunus
Semoga Allah merahmati tuan penulis buku dan semua yg terlibat dalam menjayakannya.

Waktu - selepas solat Isyak hingga sebelum terbit fajar

Jumlah rakaat :-
1 rakaat - 1 salam

3 rakaat
Kaedah - i)
3 rakaat 1 salam ATAU ii) 2,1 - 2 salam
Surah - Al-A'la, Al-Kaafiruun dan Al-Ikhlas

5 rakaat
Kaedah - i)5 rakaat 1 salam ATAU ii)2,2,1-3 salam

7 rakaat -
Kaedah - i)7 rakaat 1 salam ATAU ii)2,2,2,1 -4 salam

9 rakaat -
Kaedah - i)9 rakaat - tasyahud rakaat ke-8 dan 9 serta 1 salam ATAU ii)2,2,2,2,1 -5 salam

Sunat qunut pd mlm 15 terakhir Ramadhan

Selesai solat witir, Rasulullah berzikir "SubhanalMalikilQuddus"

Saturday, August 14, 2010

SOLAT SUNAT CARA NABI - SOLAT RAWATIB

Rujukan buku "Panduan Solat Sunat Cara Nabi"
Penulis: Mohd Yaakub b. Mohd Yunus

Semoga Allah merahmati tuan penulis buku dan semua yg terlibat dalam menjayakannya.

Solat Sunat Rawatib
1. Dua/Empat rakaat sebelum solat Zohor
2. Dua rakaat selepas solat Zohor
3. Dua rakaat sebelum solat Subuh
4. Dua rakaat selepas solat Maghrib
5. Dua rakaat selepas solat Isyak
Jumlah rakaat = 10 atau 12 rakaat.
(Nota: tiada solat rawatib solat Asar)

Tuesday, August 3, 2010

IKHLAS

Apa itu ikhlas?

Di dalam AlQuran, terdapat satu surah yang dinamakan surah Al-Ikhlas. Surah Ikhlas ini terdiri dari 4 ayat dan kesemua ayat-ayat di dalam surah ini menceritakan perkara Tauhid kepada Allah semata-mata. Dari 114 surah di dalam AlQuran, surah inilah satu2nya di mana keseluruhan ayatnya menceritakan Tauhid kepada Allah.

Dari pengajaran ini, IKHLAS itu datangnya dari jiwa yang men Tauhidkan Allah semata-mata sahaja. Tanpa jiwa yang mentauhidkan Allah, sudah pasti tiadalah keikhlasan.

ANTARA KEJADIAN JASAD DAN ROH

JASAD
Kejadian jasad merupakan manisfestasi kejadian alam ini sendiri.
1. Tidakkah kita lihat darah yang mengalir dalam badan umpama air sungai yang mengalir di bumi ini?
2. Tidakkah kita lihat paru2 badan kita umpama akar2 pokok yang menjalar di tanah?
3. Tidakkah kita lihat bulu rerambut di badan kita umpama rumput2 yang tumbuh di bumi?
4. Tidakkah kita lihat tulang belulang kita umpama gunung ganang yg mengukuhkan kedudukan bumi ini?
5. Tidakkah kita lihat bisul nanah yang tumbuh umpama gunung berapi yg keluarkan laharnya?
6. Tidakkah kita lihat bersin yang keluar dari mulut sekuat angin ribut yang ada dalam alam ini?
7. Tidakkah kita lihat rias mata kita umpama potongan rentas lobak merak?
8. Tidakkah kita lihat buah pinggang kita umpama kekacang?

Oleh itulah jasad ini hidup dengan zat yang diserap dan diambil dari tanah itu sendiri. Jasad itu sememangnya berasal dari tanah dan sumber hidup juga diambil dari tanah. Benih keturunan manusia juga adalah intipati dari tanah juga.

ROH
Sesungguhnya roh itu dari Allah yang ditiupkan Allah dari tempat simpanan roh iaitu Alam Arwah masuk ke dalam jasad maka jasad itu dapatlah bergerak dan berfikir. Sesungguhnya asal ciptaan kejadian roh itu sesuatu yang rahsia.

Bila roh masuk ke dalam jasad maka terjadilah hidup.
Bila roh tinggalkan jasad jadilah mati di mana jasad akan dikembalikan ke tempat asalnya iaitu tanah dan roh kembali ke tempat asalnya iaitu ke alam tinggi yang dipanggil Alam Barzakh.

Apabila roh dibangunkan di Alam Akhirat, bentuk jasad akan mengikut amalan roh tersebut di dunia. Sekiranya selama hidup roh tersebut beramal dengan amalan soleh, maka jasadnya adalah jasad manusia tetapi sekiranya bukan amalan soleh, jasadnya boleh jadi jasad haiwan mengikut kategori amalan buruknya di dunia.

PERJALANAN INSAN SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

Telah ku lihat manusia yang diangkat menjadi khalifah dalam dunia ini telah melalui proses yang unik sejak lahir hingga dewasa dan kembali semula ke kejadian asal

1. Awal kelahiran, seorang insan akan dilahirkan secara meniarap dan teriak
2. Ketika itu, seorang bayi akan sentiasa mengadap ke atas, seolah2 mengadap Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.
3. Kemudian bayi akan mula meniarap, mengadap mukanya ke tanah seolah2 bermulanya perjalanan kehidupan insan melalui proses hidup sebagai khalifah. Tidakkah kita lihat bagaimana dalam dunia kita, terdapat makhluk Allah yg bergerak secara meniarap seperti ular, ulat, cacing dan sebagainya?
4. Kemudian seorang anak kecil akan merangkak seolah2 melalui proses perjalanan kedua. Tidakkah kita lihat di dalam dunia ini terdapat makhluk Allah yang bergerak di atas muka bumi ini dengan cara merangkak seperti kuda, lembu, harimau dan sebaginya?
5. Dan akhir sekali barulah insan itu akan mula belajar menggunakan kaki untuk berjalan dan manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna apabila berjalan atas dua kakinya sendiri.

Kesimpulan:
Allah menjadikan insan sebagai khalifah dan mereka perlu melalui proses yg ditentukan Allah utk 'mengalami' sendiri cara hidup makhluknya yang lain seperti diam, meniarap, mengesot, merangkak dan berjalan barulah manusia itu layak menjadi seorang khalifah.

Pelbagai makhluk Allah di dunia ini untuk direnungi:
Makhluk hidup tetapi diam seolah2 mati seperti batu
Makhluk hidup tetapi lambat tumbesaran seperti pokok dan tumbuh2an
Makhluk hidup dan bergerak seperti haiwan
Makhluk hidup, bergerak dan berfikiran seperti manusia

QARI

EGYPT / MESIR
Shaykh Mahmûd cAbd al-Hakam
Shaykh cAbd al-Bâsit cAbd al-Samad
Shaykh Kâmil Yûsuf al-Bahtîmî
Shaykh Hâsim Haybah
Shaykh Mahmûd Khalîl al-Husarî
Shaykh Mustafâ Ismâcîl
Shaykh Muhammad Siddîq al-Minshâwî
Shaykh cAlî Mahmûd
Shaykh Fathî Qandîl
Shaykh Mahmûd Muhammad Ramadan
Shaykh Muhammad Rifcat
Shaykh Muhammad Salâmah
Shaykh Ahmad al-Ruzayqî
Shaykh Ibrâhîm al-Saccî
Shaykh Muhammad Mahmûd al-Tablâwî
Shaykh cAlî Hajjâj al-Suwaysî

Sunday, August 1, 2010

WAKTU-WAKTU SOLAT SUNAT

Solat TahiyyatulMasjid - apabila masuk masjid (sebelum duduk)
Solat Isyraq' - kira-kira 28 minit selepas syuruk dan sebelum mengerjakan solat sunat dhuha.
Solat Dhuha - selepas solat Isyraq' hingga menjelang waktu Zohor
Solat Tahajjud - lewat tengah malam sekitar 3 pagi. (Al Isra : 79)
Solat Witir - setelah solat Isya’ hingga menjelang Subuh.
Solat Hajat - apabila terdapat sesuatu hajat dan permintaan yang ingin di pohon
Solat Istikharah - afdal pada 2/3 malam (3 pagi)
Solat Jenazah - apabila terdapat jenazah
Solat Taubah - bila-bila masa
Solat Rawatib -
Solat Syukur -
Solat Gerhana - sepanjang gerhana matahari atau bulan
Solat Ihram - selepas memakai ihram
Solat Azan -
Solat Tarawikh - selepas Isyak hingga sebelum Subuh dalam bulan Ramadhan
Solat Wuduk - selepas ambil wuduk
Solat Musafir - sebelum meninggalkan rumah
Solat Intizhar (Mutlak) -
Solat Istisqa' (Minta Hujan) -
Solat Eid' -
Solat Tasbih -
Solat Awwabin - antara Maghrib dan Isyak

Rujukan:
http://hikmatun.wordpress.com/2007/07/17/solat-solat-sunat
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm