Adam melakukan dosa kerana ingkar arahan Allah lalu baginda mengaku dan memohon ampun kepada Allah.
Iblis melakukan dosa juga kerana ingkar arahan Allah dengan mencabar arahan Allah tetapi tidak mengaku bersalah serta memohon ampun kepada Allah.
Oleh itu bersikaplah sebagaimana sikap Adam, andai telah melakukan dosa, mengaku salahlah dan mohonlah ampun dengan sungguh-sungguh kepada Allah kerana itulah sifat seorang manusia sebagai hamba Allah.
Jangan jadi seperti Iblis, sudahlah melakukan kesalahan tetapi sombong.
No comments:
Post a Comment