Roh adalah rahsia Allah.
Roh berpindah-pindah bermula dari alam Arwah ke alam Syahadah (bermula dengan alam rahim seterusnya alam dunia) ke alam Barzakh ke alam Akhirat.
Alam Arwah - alam di mana tempat berkumpulnya semua roh-roh manusia sebelum diturunkan atau dilahirkan ke dunia. Di alam ini, semua roh mengaku yang Allah itu Tuhan.
Alam Syahadah - alam di mana roh di'tiup' kan ke dalam jasad manusia yang dipanggil janin semasa di dalam rahim ibu. Janin terbentuk dari persenyawaan benih lelaki dan wanita. Benih terhasil dari saripati dari pemakanan bersumberkan dari tanah jua. Roh akan mula berada dalam janin ketika janin berusia beberapa bulan. Setelah sempurna jasad, zahirlah seorang manusia baru di dunia ini tanpa mengingati ikrar ketika di alam Arwah yang terdahulu. Maka membesarlah manusia ini dengan memikul jasad dan roh bersama-sama sehingga menemui ajal.
Alam Barzakh - alam di mana selepas bercerainya jasad dan roh di mana jasad akan dikembalikan kepada tanah dan akan musnah (kecuali jasad mereka yang dimuliakan Allah ketika di dunia lagi), maka roh meneruskan perjalanannya ke alam Barzakh sebagai tempat simpanan sebelum ke alam seterusnya. Di alam ini, roh telah ditunjukkan tempat sama ada ke syurga atau ke neraka. Di alam ini juga persoalan mungkar dan nakir akan berlaku di mana semua jawapan berdasarkan apa amalan yang telah dilakukan ketika di dunia ini. Roh yang tersimpan di sini tidak akan kembali ke alam syahadah lagi kecuali dengan izin Allah.
Alam Akhirat - alam di mana semua roh-roh ini akan disatukan kembali dengan jasad (bentuk jasad mengikut amalan semasa hidup) untuk perhitungan. Mana-mana manusia yang dirahmati Allah akan masuk ke syurga dan mana-mana manusia yang tidak dirahmati Allah akan masuk neraka. Inilah tempat yang kekal abadi. Tiada batasan masa.
WallahuA'klam.
No comments:
Post a Comment