Saturday, February 7, 2009

Musibah dan Nikmah - Adakah ia Bala' atau Rahmat?

Setiap manusia akan ditimpa musibah dan juga nikmah sebagai ujian dari Allah s.w.t.

Musibah
Ada orang yang ditimpa musibah tetapi ia adalah rahmah kepadanya seperti seorang kaki judi yg ditimpa kemalangan telah memberi keinsafan kepadanya lalu mendekatkan diri kepada Allah. Musibah ini akan mendekatkan dirinya dengan Allah.
Ada orang yang ditimpa musibah DAN ia adalah bala' kepadanya seperti seorang kaki judi yg ditimpa kemalangan tetapi sedikit pun tidak memberi keinsafan kepadanya. Musibah ini akan menjauhkan lagi antara dia dengan Allah.

Nikmah
Ada orang yang diberi nikmah dan ia adalah rahmah kepadanya seperti seorang yang dikurniakan harta melimpah ruah dan dia menggunakan harta-harta itu untuk tujuan kebajikan sebagai tanda kesukuran kepada Allah. Nikmah ini sebagai rahmah Allah kepadanya kerana dia semakin mendekatkan diri dengan Allah.
Ada orang yang diberi nikmah tetapi ia adalah sebagai bala' kepadanya seperti seorang yang dikurniakan harta melimpah ruah tetapi dia menggunakan harta-harta tersebut ke jalan maksiat. Nikmah yang dikurniakan ini sebagai Bala' kepadanya kerana harta-harta ini akan menjauhkan antara dia dan Allah.

No comments:

Post a Comment