1. Rasul
Rasul terdiri dari kalangan manusia yang dilantik Allah sebagai utusan rasmi pembawa ajaran Allah ke muka bumi ini. Semua Rasul membawa panji-panji yang sama iaitu panji Tauhid kepada Allah semata-mata. Para rasul perlu 'memperkenalkan kehadirannya' dengan diberikan mukjizat oleh Allah.
Dari kalangan para rasul, Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim berada kategori tertinggi sebagai kekasih Allah di mana Nabi Muhammad berpangkat Habibullah dan Nabi Ibrahim berpangkat Khalilullah cuma Nabi Muhammad berada sedikit atas dari Nabi Ibrahim. Oleh yang demikian itulah, selawat akan Nabi Muhammad ada diiringi dengan selawat ke atas Nabi Ibrahim bersama.
2. Nabi@Anbia
Terdiri dari kalangan manusia yang dilantik Allah.
3. Wali Allah @ Aulia
Terdiri dari kalangan manusia yang dilantik Allah disebabkan ketakwaan mereka. Para wali tidak akan memperkenalkan diri kepada manusia sebagai wali. Di akhir-akhir zaman ini ramai yang mengaku wali dengan menunjukkan kononnya terdapat karamah disisinya sedangkan mereka menggunaka sihir untuk mengaburi mata manusia lain untuk kepentingan duniawi semata-mata.
No comments:
Post a Comment