Cara mengetahui sama ada kita kaya atau miskin harta ialah dengan menghitung
A=jumlah semua apa yang kita ada seperti nilai tanah, rumah, wang simpanan dalam bank, koperasi, saham dan sebagainya DAN tolak dengan
B=jumlah semua hutang sama ada rumah, kereta, apa saja hutang yang ada termasuk juga hutang sekiranya menjadi penjamin.
Sekiranya apabila A-B > POSITIF kita sebenarnya telah KAYA dan telah cukup nikmat hidup
Sekiranya A-B < NEGATIF, kita sebenarnya miskin walaupun kita tersenarai dalam majalah FORBES
Ini kerana kekayaan harta seseorang bukanlah apa yang dimilikinya semata-mata tetapi kekayaan harta yang sebenar adalah kehidupan TANPA HUTANG yang perlu ditanggung sekiranya dia mati sekarang. Apalah nilai kekayaan sekiranya jumlah aset 5 bilion tetapi jumlah hutang yang ditanggung 6 billion.
Catatan ringkas peribadi pengajian Islam. Sila rujuk kepada guru-guru agama untuk sebarang kemusykilan. Blog Kembar: http://kisah-quran.blogspot.com/ http://carian-quran.blogspot.com/
Sunday, November 15, 2009
HAKIKAT HIDUP
Kita dibayar mengikut bebanan tanggungjawab bukan banyaknya kerja yang diamanahkan.
Semakin berat tanggungjawab (w/p kerja kurang) tinggilah bayaran yang diterima.
Masa hidup setiap insan itu 24 jam, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita akan ditanya suatu hari nanti.
Orang kaya tidak semestinya orang senang. Sekiranya diberi pilihan antara kaya dan senang, pilihlah 'senang' kerana ramai orang kaya tetapi jiwa tidak tenteram, tidur tidak lena, masa menambah ilmu ugama teramat terhad, berjemaah di masjid hampir tiada kesempatan, bersenang dengan keluarga hampir tiada ruang, ruang masa dengan jiran tetangga hampir mustahil tetapi orang senang dapat menikmati semua itu, jiwa tenang, ada masa ke masjid, mentelaah kitab pengajian, bergotong-royong dengan jiran tetangga, bergurau senda bersama keluarga.
Untuk menjadi orang kaya, masa 24 jam terpaksa dihabiskan untuk mencari wang, harta dan yang paling malang sekali kadangkala terpaksa melakukan perbuatan maksiat demi mencapai title 'kaya'.
Pecahan pembahagian hidup manusia:
1) Masa untuk keluarga - bersosial, jalan-jalan, bergurau senda,
2) Masa untuk diri sendiri - kuliah pengajian, tidur, makan, solat, puasa
3) Masa untuk masyarakat - tabligh, menghadiri jemputan, berjemaah di masjid
4) Masa untuk bekerja - mencari nafkah untuk keperluan hidup

Sunday, October 18, 2009
MASALAH - AMBIL BARAKAH
Pengajian BahrulMahzi - Kerana Mulut
Allah beri pada orang tertentu dan makhluk tertentu sahaja iaitu:
1. Al-Quran (pada sesiapa yg baca, faham)
2. LailatulQadar (malam barakah, malam yg lebih baik dari 1000 bulan)
3. MasjidHaram (perbanyakkan tawaf- 7 pusingan dan solat sunat blkg maqam ibrahim), Masjid Nabawi dan Masjid BaitulMaqdis
4. Air Zam-Zam
5. Amal yg ikhlas mengikut nas (kisah pemuda di dlm gua)
6. Nabi (Anas bin Malik simpan rambut Nabi) - Nabi pernah tidur dlm liang jenazah Fatimah bt Asad. Perlu banyak berselawat, taat perintahnya - iktiba'.
Jangan reka tambah keberkatan TokGuru ini, tok guru itu.

Tuesday, February 10, 2009
Apa erti Qada' dan Qadar?
Qada' ertinya ketentuan Allah dan Qadar ertinya kadar banyaknya akan Qada' tersebut.
Secara mudahnya, Qada' dan Qadar Allah merupakan ketentuan yang tidak akan berubah kerana telah ditentukan Allah sejak azali lagi. Ertinya, segala yang berlaku di dunia ini telah ditentukan Allah yang telah termaktub dalam Lauhul Mahfuz. Tiada satu pun ketentuannya boleh berubah kerana Allah Maha Merancang, Maha Mengetahui segala-galanya. Malah, hidup mati kita, jodoh, syurga dan neraka telah ditentukan kepada kita sejak azali lagi.
Oleh itulah di dalam rukun Iman, Keimanan kepada Qada' dan Qadar diletakkan sebagai keimanan yang keenam iaitu yang diakhir sekali kerana ia adalah rahsia Allah dan amat sukar difahami pada mereka yang tidak kukuh keimanan mereka pada kelima-lima rukun iman terutama keimanan yang pertama iaitu beriman kepada Allah. Sekiranya seseorang hamba itu jitu dan padu akan keimanannya kepada Allah, sudah pasti hamba tersebut tidak akan menghadapi kesulitan untuk memahami akan rukun-rukun iman yang seterusnya terutama Qada' dan Qadar Allah.
Oleh itu wahai saudara-saudaraku, ketahuilah bahawa segala urusan hidup dan mati serta syurga dan neraka telah ditentukan kepada kita cuma kita tidak mengetahuinya sahaja. Oleh kerana tidak mengetahuinyalah kita perlu berusaha untuk mengikut jalan yang Allah telah tunjukkan kepada kita melalui rasul-Nya serta kitab-Nya, Al-Quran sebagai panduan untuk menuju jalan yang diiktiraf Allah Azzawajalla.

Apakah itu Sabar?
Sabar ertinya kita redho atau pasrah akan ketentuan Allah.
Seorang hamba yang sabar akan dikasihi Allah kerana hamba ini telah menyerahkan segala jiwa raganya kepada Allah Taala.
Contoh sabar - seorang hamba yang telah kehilangan kereta. Apabila hamba ini menyedari akan keretanya yang hilang, beliau akan beristighfar dan bertaqdis akan kelemahan dirinya kerana dikhuatiri kehilangan kenderaan tersebut sebagai tanda kemurkaan Allah kepadanya. Hamba ini akan juga membuat laporan kehilangan kepada pihak polis dan insuran sebagai satu usaha untuk mendapatkan semula kenderaan tersebut tetapi dalam keadaan tenang. Hamba yang sabar ini dengan tenang berdoa kepada Allah semoga Allah membantu dan memudahkan urusannya. Sekiranya tidak ditemui juga kenderaan tersebut, hamba ini dengan penuh ketenangan menerima dugaan ini tanpa menyalahkan sesiapa dan tanpa bersungut-sungut kerana beliau pasrah akan ujian Allah.

Kenapa Manusia di Uji Allah
Manusia diuji Allah supaya manusia tersebut menyedari dan mengetahui status hubungan antara dia dan Allah contohnya:
Sekiranya seorang hamba telah ditimpa musibah dan hamba tersebut menghadapainya dengan sabar dan tabah, status dirinya seperti tahap keimanan dan ketakwaan dapat diketahui. Lagi teruk seorang hamba tersebut kena duga dan ujian, semakin tinggi status tahap dirinya akan naik SEKIRANYA hamba tersebut menghadapi ujian tersebut dengan tabah dan sabar sepenuh hati. Ertinya, hamba tersebut bergantung harap kepada Allah semata-mata.
Sebaliknya, sekiranya seorang hamba yang ditimpa musibah itu tidak 'kembali' pada Allah seperti bersungut akan kesusahan beliau, menyesali akan kesusahan yang dihadapi, memaki-maki, menghina-hina, maka status hamba ini amatlah jauh dari rahmat Allah. Ertinya, hamba seperti ini mempunyai hati yang semakin jauh dengan Allah.
Oleh itu, ketahuilah wahai saudara-saudaraku bahawasanya ujian yang dikenakan Allah terhadap kita adalah sebagai satu makluman secara berterusan akan status level antara diri kita dan Allah sehingga kita mati. Hadapilah segala ujianNya dengan penuh tabah lagi sabar. Bergantunglah sepenuh hati kepadaNya sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana.

Sunday, February 8, 2009
Peraturan Hidup
Dalam kehidupan manusia, undang-undang atau peraturan hidup terdiri dari:
Peraturan Islam - apa-apa hukum yang merujuk dari hukum agama Islam.
Peraturan Negara - undang-undang negara untuk keselesaan dan keselamatan rakyat.
Peraturan Moral - paraturan mengikut peredaran, kesesuaian dalam hidup bermasyarakat.
Oleh itu dalam hidup ini, sebaik-baiknya sebarang perbuatan kita mesti memastikan ketiga-tiga peraturan ini dipatuhi barulah dilaksanakan.
Contoh Senario Kehidupan
1. Judi - yang halal dan yang haram
Peraturan Islam - semua judi adalah haram.
Peraturan Negara - kasino atau kedai judi berlesen dibenarkan (halal) tetapi tanpa lesen dikira haram.
Peraturan Moral - membawa keburukan kerana kualiti manusia menurun.
2. Bermain Kutu
Peraturan Islam - dibenarkan kerana konsep tolong menolong memberi pinjaman tanpa dikenakan apa-apa faedah antara sesama sendiri.
Peraturan Negara - haram, kerana menyimpan wang deposit tanpa berlesen.
Peraturan Moral - tiada masalah kerana konsep tolong menolong
3. Seorang suami yang tidak membenarkan isteri ziarah ayahnya yang meninggal dunia.
Peraturan Islam - membolehkan, kerana isteri terletak bawah tanggungjawab suami 100%
Peraturan Negara - Tiada peruntukan undang-undang
Peraturan Moral - tidak sepatutnya diperbuat suami pada hal-hal yang melibatkan hubungan keluarga.

Antara Warna dan Udara
Udara@angin - boleh rasa tetapi tidak boleh nampak.
Warna - boleh nampak tetapi tidak boleh rasa.
Oleh itu tidak semua benda yang ada di dunia ini, kita boleh rasa dan boleh nampak.

Mukjizat Al-Quran
Al-Quran adalah kalam Allah dari Allah untuk umat manusia.
Allah menceritakan di dalamnya sejak alam ini tiada apa-apa (kecuali diriNya) sehingga terjadi apa-apa ciptaanNya hinggalah apa-apa yang akan berlaku di alam Akhirat nanti. Allah telah menceritakan awal-awal lagi apa yang akan berlaku di syurga dan apa yang akan berlaku di neraka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Sudah pasti di dalam kitab Allah ini telah diceritakan segala rahsia ciptaan alam ini sama ada secara zahir atau terlindung sahaja. Oleh itu tidaklah sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu.

Takdir Manusia
Setiap manusia telah ditentukan Allah tempatnya di akhirat sama ada syurga atau neraka cuma manusia tidak tahu sahaja. Mana-mana manusia yang ditentukan syurga, takdir hidupnya akan cenderung kepada jalan ahli syurga. Mana-mana manusia yang telah ditentukan neraka, takdir semasa hayatnya akan cenderung ke jalan ahli neraka. Sesungguhnya segala urusan berada dalam genggaman Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Sebagai Tuhan yang bersifat Maha Adil, Allah telah turunkan kepada setiap umat itu Rasul dan diturunkan Kitab sebagai panduan untuk manusia memilih mana satu jalan yang benar dan mana satu jalan yang salah. Mana-mana bakal ahli syurga akan cenderung untuk mengikut pesuruh Allah ini dan mana-mana bakal ahli neraka akan cenderung untuk mengingkari ajakan pesuruh Allah ini.

Skrip hidup Manusia
Ada manusia yang dilahirkan sebagai muslim, hidup sebagai muslim dan mati sebagai muslim.
Ada manusia yang dilahirkan sebagai muslim, hidup sebagai kafir (seperti murtad) dan mati sebagai muslim.
Ada manusia yang dilahirkan sebagai muslim, hidup sebagai kafir dan mati sebagai kafir (tidak bertaubat).
Ada manusia yang dilahirkan sebagai muslim, hidup sebagai kafir dan mati sebagai muslim.
Ada manusia yang dilahirkan sebagai kafir, hidup sebagai kafir dan mati sebagai kafir.
Ada manusia yang dilahirkan sebagai kafir, hidup sebagai muslim dan mati sebagai orang muslim.
Ada manusia yang dilahirkan sebagai kafir, hidup sebagai kafir dan mati sebagai muslim.
Ada manusia yang dilahirkan sebagai kafir, hidup sebagai muslim dan mati sebagai kafir.
Siapapun kita di masa lalu tidak penting. Yang paling penting, berusahalah dengan bersungguh-sungguh mentaati perintah Allah dan Rasul dengan memohon pertolongan kepada Allah supaya kita mati sebagai orang Islam.

Perjalanan Roh
Roh adalah rahsia Allah.
Roh berpindah-pindah bermula dari alam Arwah ke alam Syahadah (bermula dengan alam rahim seterusnya alam dunia) ke alam Barzakh ke alam Akhirat.
Alam Arwah - alam di mana tempat berkumpulnya semua roh-roh manusia sebelum diturunkan atau dilahirkan ke dunia. Di alam ini, semua roh mengaku yang Allah itu Tuhan.
Alam Syahadah - alam di mana roh di'tiup' kan ke dalam jasad manusia yang dipanggil janin semasa di dalam rahim ibu. Janin terbentuk dari persenyawaan benih lelaki dan wanita. Benih terhasil dari saripati dari pemakanan bersumberkan dari tanah jua. Roh akan mula berada dalam janin ketika janin berusia beberapa bulan. Setelah sempurna jasad, zahirlah seorang manusia baru di dunia ini tanpa mengingati ikrar ketika di alam Arwah yang terdahulu. Maka membesarlah manusia ini dengan memikul jasad dan roh bersama-sama sehingga menemui ajal.
Alam Barzakh - alam di mana selepas bercerainya jasad dan roh di mana jasad akan dikembalikan kepada tanah dan akan musnah (kecuali jasad mereka yang dimuliakan Allah ketika di dunia lagi), maka roh meneruskan perjalanannya ke alam Barzakh sebagai tempat simpanan sebelum ke alam seterusnya. Di alam ini, roh telah ditunjukkan tempat sama ada ke syurga atau ke neraka. Di alam ini juga persoalan mungkar dan nakir akan berlaku di mana semua jawapan berdasarkan apa amalan yang telah dilakukan ketika di dunia ini. Roh yang tersimpan di sini tidak akan kembali ke alam syahadah lagi kecuali dengan izin Allah.
Alam Akhirat - alam di mana semua roh-roh ini akan disatukan kembali dengan jasad (bentuk jasad mengikut amalan semasa hidup) untuk perhitungan. Mana-mana manusia yang dirahmati Allah akan masuk ke syurga dan mana-mana manusia yang tidak dirahmati Allah akan masuk neraka. Inilah tempat yang kekal abadi. Tiada batasan masa.
WallahuA'klam.

Apa beza Nyawa dan Roh?
Nyawa akan musnah atau binasa seperti haiwan dan pokok.
Roh boleh binasa tetapi dikecualikan Allah dari binasa seperti roh manusia yang mati. Yang binasa adalah jasad si mati kerana jasad berasal dari tanah tetapi roh si mati akan berpindah ke alam lain yang dipanggil alam Barzah kerana roh dari Allah.
Jasad tanpa roh di istilahkan 'mati'.

Pangkat manusia di sisi Allah
1. Rasul
Rasul terdiri dari kalangan manusia yang dilantik Allah sebagai utusan rasmi pembawa ajaran Allah ke muka bumi ini. Semua Rasul membawa panji-panji yang sama iaitu panji Tauhid kepada Allah semata-mata. Para rasul perlu 'memperkenalkan kehadirannya' dengan diberikan mukjizat oleh Allah.
Dari kalangan para rasul, Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim berada kategori tertinggi sebagai kekasih Allah di mana Nabi Muhammad berpangkat Habibullah dan Nabi Ibrahim berpangkat Khalilullah cuma Nabi Muhammad berada sedikit atas dari Nabi Ibrahim. Oleh yang demikian itulah, selawat akan Nabi Muhammad ada diiringi dengan selawat ke atas Nabi Ibrahim bersama.
2. Nabi@Anbia
Terdiri dari kalangan manusia yang dilantik Allah.
3. Wali Allah @ Aulia
Terdiri dari kalangan manusia yang dilantik Allah disebabkan ketakwaan mereka. Para wali tidak akan memperkenalkan diri kepada manusia sebagai wali. Di akhir-akhir zaman ini ramai yang mengaku wali dengan menunjukkan kononnya terdapat karamah disisinya sedangkan mereka menggunaka sihir untuk mengaburi mata manusia lain untuk kepentingan duniawi semata-mata.

Apa itu Tanggunggjawab?
Secara mudahnya, tanggung di dunia, jawab di akhirat.
Apa yang ditanggung di dunia? Apa saja peranan yang dipikul kita dan apa saja amanah yang diberikan kepada kita, itulah perkara yang kita 'tanggung' seperti peranan kita sebagai ayah, ibu, pemerintah, raja, mufti, ustaz, guru, penjaga amanah dan sebagainya. Semua ini akan disoal di akhirat nanti di mana masing-masing akan menjawab apa yang ditanggung semasa di dunia.

Ikhlas
Itulah rahsia antara hamba dan Penciptanya. Ikhlas melakukan ibadat kepada Allah perlu berlandaskan syariat Nabi Muhammad s.a.w. Ikhlas tanpa mengikut syariat seperti yg ditunjukkan Rasulullah adalah batal. Seumpama tok sami atau paderi yang memang ikhlas beribadat kepada Tuhan tetapi tidak mengikut apa yang ditunjukkan Nabi Muhammad sehinggakan ada yang bertapa di bukit bukau, tidak berkahwin, sanggup berpuasa semata2 kepada Allah. Amalan mereka tidak dikira sama sekali, punah seumpama api yang membakar.
Beza dosa Adam dan dosa Iblis
Adam melakukan dosa kerana ingkar arahan Allah lalu baginda mengaku dan memohon ampun kepada Allah.
Iblis melakukan dosa juga kerana ingkar arahan Allah dengan mencabar arahan Allah tetapi tidak mengaku bersalah serta memohon ampun kepada Allah.
Oleh itu bersikaplah sebagaimana sikap Adam, andai telah melakukan dosa, mengaku salahlah dan mohonlah ampun dengan sungguh-sungguh kepada Allah kerana itulah sifat seorang manusia sebagai hamba Allah.
Jangan jadi seperti Iblis, sudahlah melakukan kesalahan tetapi sombong.

Saturday, February 7, 2009
Apa itu hidup?
Hidup adalah tempat sementara untuk mati seumpama seorang pengembara yang tumpang berteduh di bawah pokok sebelum meneruskan perjalanannya.
Ada orang yang terlupa tentang matlamat hidup ini dan mereka menjadikan teduhan pokok seolah-olah mereka tidak akan mati.
Sepanjang hidup kita sebenarnya adalah ujian dari Allah. Kita dihidupkan Allah di muka bumi ini tanpa diminta tetapi telah diberi watak yang berbeza-beza. Setiap watak akan menjadi tanggungjawab kita di hadapan Allah. Ada yang Allah beri watak seorang raja, ada yang diberi watak sebagai seorang bapa, ulama, mufti, pemimpin masyarakat, isteri, anak, ahli perniagaan dan sebaginya di mana setiap watak ini akan disoal Allah adakah kita menjalankan tanggunggjawab mengikut watak-watak yang diberikan itu. Jika dia seorang raja, adakah dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang raja. Jika dia seorang bapa, adakah dia menjadi bapa yang bertanggungjawab. Masing-masing akan menjawab hal masing-masing.
Lebih baik berwatakan kecil.

Apakah yang dikatakan keadilan dalam Islam?
Keadilan di dalam Islam adalah,
Sekiranya seorang yg kita sukai, kasihi, sayangi berbuat salah, kita akan kata 'ia salah' dan sekiranya musuh kita telah berbuat sesuatu yang benar, kita akan kata 'ia benar'.

Panduanku
Seutama-utama rujukan adalah kitab Allah, Al-Quran
Seterusnya, Hadis Nabi. Pada zaman sekarang, pastikan ianya adalah hadis sahih kerana terdapat banyak hadis yg direka-reka dan dipalsukan untuk kepentingan sendiri.
Al-Quran dan Hadis disebut 'NAS'
Rujukan selain dari Al-Quran dan Hadis Nabi adalah berada dalam kategori 'pendapat' seperti pandangan ulama'-ulama' dalam beberapa permasalahan kerana tiada spesifik nas. Dengan itu wujudlah apa yg dinamakan 'mazhab' atau pandangan ulama'.
Pada zaman sekarang, sebarang permasalahan perlu merujuk pada nas AlQuran dan Hadis terdahulu, barulah merujuk pada 'mazhab'. Ini adalah tertib panduan di dalam Islam. Bukanlah dengan title ulama, maka ia dikira benar tetapi lihatlah apakah nas yg dibawanya.

Apakah Aku Sebenar Islam?
Ya, sekiranya kita memahami apa maksud "La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".
Secara kesimpulannya, kalimah tersebut bermaksud "Tiada yang disembah (diminta tolong, dihambakan diri) melainkan kepada Allah semata-mata dan tiada jalan (cara, sirah, panduan) selain yang ditunjukkan Muhammad rasul Allah."
Oleh itu sesiapa yang ingin mendekatkan diri kepada Allah WAJIBlah mengikut sepertimana yang diajarkan Rasulullah sahaja tanpa mengandaikan ada cara lain selain yang ditunjukkan Rasulullah.

Apakah Matlamat Hidup Kita?
Matlamat hidup kita adalah meng-Esa kan Allah mengikut cara-cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w. Orang yang memenuhi syarat inilah yang menjadi sebenar-benar 'hamba Allah'.
Jangan jadi hamba selain 'hamba Allah' seperti hamba syaitan, hamba harta, hamba pangkat dan pelbagai hamba-hamba lagi.

Idolaku
Idolaku adalah Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun aku tidak pernah bertemu dengannya, aku ingin sekali berakhlak dengan akhlaknya, berani dengan keberaniannya, jujur dengan kejujurannya, ikhlas dengan keikhlasannya.
Dialah idolaku, aku rindu bertemu dengan mu wahai Rasulullah kekasihku.

Musibah dan Nikmah - Adakah ia Bala' atau Rahmat?
Setiap manusia akan ditimpa musibah dan juga nikmah sebagai ujian dari Allah s.w.t.
Musibah
Ada orang yang ditimpa musibah tetapi ia adalah rahmah kepadanya seperti seorang kaki judi yg ditimpa kemalangan telah memberi keinsafan kepadanya lalu mendekatkan diri kepada Allah. Musibah ini akan mendekatkan dirinya dengan Allah.
Ada orang yang ditimpa musibah DAN ia adalah bala' kepadanya seperti seorang kaki judi yg ditimpa kemalangan tetapi sedikit pun tidak memberi keinsafan kepadanya. Musibah ini akan menjauhkan lagi antara dia dengan Allah.
Nikmah
Ada orang yang diberi nikmah dan ia adalah rahmah kepadanya seperti seorang yang dikurniakan harta melimpah ruah dan dia menggunakan harta-harta itu untuk tujuan kebajikan sebagai tanda kesukuran kepada Allah. Nikmah ini sebagai rahmah Allah kepadanya kerana dia semakin mendekatkan diri dengan Allah.
Ada orang yang diberi nikmah tetapi ia adalah sebagai bala' kepadanya seperti seorang yang dikurniakan harta melimpah ruah tetapi dia menggunakan harta-harta tersebut ke jalan maksiat. Nikmah yang dikurniakan ini sebagai Bala' kepadanya kerana harta-harta ini akan menjauhkan antara dia dan Allah.

Siapa orang yang kaya?
Orang kaya adalah orang yg tidak mahu apa-apa dalam urusan dunia ini dan tidak meminta-minta kepada manusia. Orang yang 'kaya' ini adalah orang yang sebenar merdeka. Mereka cuma miskin lagi fakir kepada Allah semata-mata. Dari kacamata orang ramai, 'orang kaya' ini tidak meminta-minta, tenang, gembira walaupun secara kasarnya nampak seperti orang yang tidak berharta
Apa itu Iman?
Iman di segi bahasa bermaksud 'percaya'. Iman adalah kurnia Allah pada sesiapa yang dikehendakiNya. Pengajaran iman dari AlQuran:
Isteri kepada nabi tetapi tidak juga beriman - isteri nabi Nuh a.s dan Nabi Luth a.s
Anak kepada nabi tetapi tidak juga beriman - anak nabi Nuh a.s
Bapa kepada nabi tetapi tidak juga beriman - ayah nabi Ibrahim a.s
Bapa angkat kepada seorang Nabi tetapi tidak juga beriman - Firaun, ayah angkat kepada Nabi Musa a.s
Bapa saudara kepada seorang Nabi tetapi tidak juga beriman - Abdul mutalib, pak saudara Nabi Muhammad s.a.w

Zamanku - Akhir Zaman
Antara tanda-tanda akhir zaman adalah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ini bermakna zaman aku sekarang adalah zaman terakhir yg berada dihujung-hujung usia dunia. Sudah pasti pada akhir zaman, segala keburukan yg pernah dilakukan sejak seawal-awal kehidupan manusia hingga zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w akan berkumpul pada zaman sekarang. Antara keburukan paling hina yg pernah berlaku adalah
homoseksual-zaman Nabi Luth
mengaku Tuhan seperti Firaun dan Namrud - zaman Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s
Zaman sekarang zina berleluasa, homoseksual tiada malu lagi, mengaku sebagai Tuhan seperti Ayah Pin, mengaku Nabi, Rasul Melayu dan sebagainya semakin berleluasa.

Pengenalan
Untuk mengenaliku, cukuplah maklumat seperti berikut:
Orang yang paling berjasa padaku ialah ibuku dan ayahku.
Aku mengenali Tasauf melalui Tuan Guru Hj Abdul Hamid.
Aku mengenali Fekah melalui Tuan Guru Hj Hussein.
Aku mengenali Tauhid melalui Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad.
Aku mengenali Islam yang sebenar melalui Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.
Mereka semua amat berjasa besar padaku, semoga Allah merahmati dan memuliakan mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)